awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki autistik ditemukan lemas

Bernama
Bernama
30/11/2024
12:56 MYT
Lelaki autistik ditemukan lemas
Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di anak sungai tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam. - Gambar hiasan
JERTIH: Seorang lelaki autistik yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya pada Khamis, ditemukan lemas di anak Sungai Keluang Hilir, berhampiran Sekolah Menengah Imtiaz Besut di Kampung Raja dekat sini, pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
"Mayat mangsa ditemui tersangkut pada dahan pokok di anak sungai tersebut dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya," katanya dalam kenyataan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata sebelum ini polis menerima laporan daripada ibu mangsa memaklumkan anak lelakinya keluar dari rumah di Taman Pesiaran Limbongan iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemukan.
Sementara itu, Senah Othman, 64, berkata anaknya keluar dari rumah antara pukul 2.30 hingga 4 petang ketika dia sedang tidur.
"Anak saya penghidap autisme kronik kerana dia tidak mampu bercakap dan kalau terlepas keluar memang dia tidak tahu jalan untuk pulang ke rumah.
"Sejak hilang, setiap hari pencarian dilakukan penduduk kampung dan ahli keluarga namun dia hanya ditemui hari ini dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui di Hospital Besut di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#lelaki autistik
#polis
#penemuan mayat
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan