awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki baling bom petrol di pintu bank ditahan polis

Missel Ernie Bick
Missel Ernie Bick
10/02/2023
07:35 MYT
Lelaki baling bom petrol di pintu bank ditahan polis
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan keadaan api yang marak di hadapan pintu masuk sebuah bank di Sibu sebelum berjaya dipadamkan orang awam menggunakan alat pemadam api. - Foto Info Sibu
SIBU: Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak membaling satu bom petrol atau Molotov cocktail di pintu hadapan sebuah bank di Jalan Nyabor di sini pada Khamis.
Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puas hati suspek dengan perkhidmatan bank berkenaan ketika dia berurusan untuk membuka akaun baharu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
“Susulan kejadian itu,usaha mengesan suspek dilaksanakan dan berjaya menahannya.
“Pemeriksaan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu,” katanya.
Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah termasuk kes dadah.
Suspek kini dalam tahanan untuk tindakan selanjutnya.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek berusia 36 tahun itu dilihat menyalakan api pada bom botol sebelum membalingnya ke arah pintu hadapan bank tersebut.
Bagaimanapun api berjaya dipadam oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.
Topic Berkaitan
#bom petrol
#molotov cocktail
#bank
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan