awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki belasah isteri aksi ala 'gusti' ditahan polis

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
31/01/2020
09:47 MYT
Lelaki belasah isteri aksi ala 'gusti' ditahan polis
Aksi ala 'gusti' seorang suami membelasah isterinya yang dirakamkan dan diviralkan.
Angkara selisih faham dan marah isterinya keluar menghadiri majlis hari jadi saudaranya, seorang lelaki ditahan polis selepas aksi ala 'gustinya' tular di laman sosial.
Suspek yang berusia 35 tahun itu dikatakan membelasah isterinya di sebuah rumah kampung di Penampang baru-baru ini.
Bagaimanapun, lelaki terbabit ditahan polis di sebuah lokasi di Penampang kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitenden Haris Ibrahim dalam kenyataan berkata, video aksi suspek telah dirakam oleh orang awam sebelum ditularkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.
"Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang suri rumah telah dikasari oleh suaminya iaitu suspek kerana tidak berpuas hati mangsa telah pergi menghadiri majlis hari jadi saudaranya tanpa pengetahuan suspek.
"Mangsa yang berusia 34 tahun dan suspek telah tinggal berasingan sejak bulan Oktober tahun lalu.
"Suspek telah memaksa mangsa untuk kembali semula ke rumah sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergelutan dengan kejadian tersebut dirakam orang awam sebelum tular di laman sosial," katanya.
Difahamkan video berdurasikan 5.02 minit itu tular di laman sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai sejak awal pagi tadi.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Kekerasan Rumah Tangga.
Topic Berkaitan
#aksi ala 'gusti'
#ditahan polis
#lelaki belasah isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan