awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki berpisau ganggu ketenteraman awam di Cheras dicekup polis, dadah dirampas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
21/11/2018
14:18 MYT
Lelaki berpisau ganggu ketenteraman awam di Cheras dicekup polis, dadah dirampas
Imej dari sebuah rakaman amatur sewaktu anggota polis mengepung suspek. - Media sosial
Seorang lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah ditahan polis selepas membuat kacau dan mengganggu orang awam di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, ibu negara.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata pihaknya menerima maklumat mengenai lelaki berkenaan pada 2 petang ketika anggotanya sedang melakukan rondaan cegah jenayah.
“Anggota-anggota berkenaan terus ke lokasi dimaksudkan dan berjaya mengesan individu yang dimaksudkan yang sedang duduk di atas sebuah motosikal.
“Semasa mereka menghampiri lelaki berkenaan, dia mengeluarkan dua bilah pisau dan mengambil sebatang besi yang dikutip di tepi jalan dan mengacukan senjata tersebut kepada anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
#AWANInews #AWANI745 Lelaki berpisau ganggu ketenteraman awam di Cheras dicekup polis, dadah dirampas http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-berpisau-ganggu-ketenteraman-awam-di-cheras-dicekup-polis-dadah-dirampas-191724
Suspek akhirnya mengalah selepas dikepung beberapa anggota polis dan orang awam yang turut membantu penangkapannya. - Imej dari video awam
Mengulas lanjut, Mohamed Mokhsein berkata lelaki berusia 33 tahun itu berjaya ditahan setelah turut dibantu orang awam.
“Hasil pemeriksaan mendapati, beg sailing yang dibawa lelaki berkenaan mengandungi satu tiub straw berisi dadah jenis meth seberat 0.1 gram, paket plastik berisi dadah jenis meth seberat 0.2 gram.
“Semakan ke atas motosikal yang digunakan saspek masih dilaporkan hilang di kawasan Cheras dan dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Cheras
#Dadah
#lelaki
#methamphetamine
#penjenayah
#pisau
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan