awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski

Sinar Harian
Sinar Harian
14/05/2021
22:24 MYT
Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski
Seorang lelaki bersama anaknya yang berusia empat tahun dikhuatiri hilang selepas bermain jet ski di Kampung Pengkalan Baru, di sini, pada Jumaat. -Gambar hiasan
BACHOK: Seorang lelaki bersama anaknya yang berusia empat tahun dikhuatiri hilang selepas bermain jet ski di Kampung Pengkalan Baru, di sini, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud ketika dihubungi memberitahu, pihaknya mendapat panggilan pada jam 6.01 petang dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun itu didakwa oleh ahli keluarganya tidak pulang ke rumah selepas meluangkan masa dengan anak lelakinya bermain jet ski.
"Keluarga mangsa risau sebab mangsa tidak balik ke rumah dan difahamkan dua beranak itu keluar bermain jet ski.
"Namun jet ski tersebut dijumpai di bawah pokok di kawasan berkenaan.
"Kami tiba di lokasi serta memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun masih belum pasti sama ada mangsa lemas atau sebagainya memandangkan masih belum ada saksi kejadian," katanya.
Setakat jam 8 malam, tiada sebarang penemuan awal dijumpai dan operasi SAR diteruskan melibatkan anggota dari Balai Bomba Bachok, Pengkalan Kubor, Pengkalan Chepa dan juga Pasukan Penyelamat Air (PPDA).
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski
Topic Berkaitan
#jet ski
#Kampung Pengkalan Baru
#Yus Heary Mahmud
#Pengkalan Kubor
#Balai Bomba dan Penyelamat Bachok
#SAR
#operasi mencari dan menyelamat
#PPDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan