MALAYSIA
Lelaki bertemu ajal jatuh traktor
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja-kerja di kebun di Kampung Bukit Rawa, Sedim, Malau, Baling, pada Sabtu. - Gambar ihsan PDRM
BALING: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja-kerja di kebun di Kampung Bukit Rawa, Sedim, Malau, di sini, pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, polis Malau menerima panggilan daripada orang awam memaklum terlihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan muka berlumuran darah pada jam 4 petang.
“Ketua Polis Balai Malau bersama anggota serta pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling ke lokasi dan menemui mangsa berdekatan traktor dengan kesan kecederaan di muka.
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 28 tahun dan berasal dari Kampung Gelugor, Karangan, Kulim dikatakan sedang melakukan kerja pembersihan di kebun itu.
“Siasatan mendapati, mangsa pergi ke kawasan kebun terbabit bersama seorang lelaki dipercayai penjaga kebun bagi melakukan kerja pembersihan kebun," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ahmad Salimi berkata, mangsa dipercayai terjatuh daripada traktor ketika melakukan kerja-kerja di kebun itu.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan masih dijalankan," katanya.