awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki bunuh abang dengan alat pemadam api direman empat hari

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2017
05:15 MYT
Lelaki bunuh abang dengan alat pemadam api direman empat hari
Perintah reman itu membolehkan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Gambar hiasan
Seorang lelaki yang dipercayai membunuh abangnya menggunakan alat pemadam api selepas berlaku perselisihan faham antara mereka pada Ahad, direman selama empat hari, bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar mahkamah, Nor Hapipah Abdullah bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek berusia 48 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, kira-kira jam 8.30 pagi dengan berpakaian lokap bewarna ungu.
Dalam kejadian pada Ahad pagi, seorang lelaki maut selepas kepalanya dihentak menggunakan alat pemadam api selepas dikatakan bergaduh dengan adiknya akibat perselisihan faham.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, dikenali sebagai Lim Poh Hau, 59, maut ditempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke rumah adiknya di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Berlaku pergelutan antara kedua-duanya sebelum suspek didakwa bertindak menyembur muka mangsa menggunakan alat pemadam api dan menghentak belakang kepala mangsa.
Mangsa ditemui terbaring di luar rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
Siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dipercayai dihentak benda tumpul selain kecederaan di kedua dua bahagian lutut disyaki akibat terjatuh serta kesan luka di jari kaki kanan.
Suspek turut cedera di bahagian betis kiri serta kesan merah pada bahagian mata kiri.
Topic Berkaitan
#Bukit Mertajam
#bunuh abang
#Mahkamah Majistret
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan