awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera, bas terbabas dan terbalik di Seri Iskandar

Aida Aziz
Aida Aziz
18/12/2022
07:30 MYT
Lelaki cedera, bas terbabas dan terbalik di Seri Iskandar
Seorang lelaki cedera selepas bas yang dipandunya terbabas dan terbalik ke bahu jalan berdekatan Jalan Layang-Layang Kanan, Kampung Pendiat, Seri Iskandar, hari ini. - Gambar ihsan BOMBA
SERI ISKANDAR: Seorang lelaki cedera selepas bas yang dipandunya terbabas dan terbalik ke bahu jalan berdekatan Jalan Layang-Layang Kanan, Kampung Pendiat, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, akibat daripada kemalangan itu, mangsa terperangkap di dalam bas dan mengalami kecederaan.
Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.38 tengah hari dan menggerakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar ke lokasi.
"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas coaster yang terbabas di bahu jalan dan menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu terperangkap dan cedera.
"Bagaimanapun, tiada penumpang di dalam bas berkenaan dan pemandu bas telah diberikan rawatan awal oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak hospital bagi tindakan susulan.
Operasi yang diketuai komander operasi Pegawai Bomba Kanan II Khairul Lokman Khosim itu tamat pada pukul 1.13 tengah hari.
Topic Berkaitan
#pemandu bas cedera
#bas terbalik
#Seri Iskandar
#bas coaster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan