MALAYSIA
Lelaki cedera ditarik gajah ke dalam gaung
Mangsa yang cedera selepas ditarik gajah sehingga jatuh ke dalam gaung. -Foto FB Ahli Parlimen Gerik
GERIK: Seorang lelaki Orang Asli cedera terjatuh ke dalam gaung selepas ditarik seekor gajah dalam kejadian di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, di sini, pada Sabtu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dua motosikal ditunggang dua lelaki Orang Asli bersama seorang pembonceng keluar mencari hasil hutan.
“Penunggang motosikal pertama, lelaki berusia 34 tahun yang berada di hadapan ternampak seekor gajah di tepi jalan lalu mengambil tindakan memecut laju dan berjaya melepasi haiwan tersebut.
“Bagaimanapun, motosikal kedua yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun merupakan adik penunggang motosikal pertama bersama rakannya pembonceng tidak sempat melepasi gajah berkenaan dan berhenti bagi menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Abdul Samad berkata, secara tiba-tiba gajah tersebut menarik penunggang motosikal kedua sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam gaung manakala pembonceng sempat melarikan diri.
Katanya, mangsa yang terjatuh mengalami kecederaan di bahagian muka dan sakit badan, dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, penunggang motosikal pertama dan pembonceng motosikal kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan RPS Air Banun, Gerik kerana berisiko terdapat hidupan liar melintas atau berada di atas jalan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang lelaki Orang Asli cedera terjatuh ke dalam gaung selepas ditarik gajah dalam insiden di Jalan Kampung Pengkalan Permai, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Air Banun, Gerik.
- Kejadian berlaku ketika dua motosikal ditunggang dua lelaki Orang Asli keluar mencari hasil hutan, di mana gajah tiba-tiba menarik motosikal kedua sehingga mangsa jatuh.
- Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan sakit badan serta dirujuk ke Hospital Taiping, sementara penunggang motosikal pertama dan pembonceng motosikal kedua selamat dari kecederaan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi ketika dua motosikal ditunggang dua lelaki Orang Asli bersama seorang pembonceng keluar mencari hasil hutan.
“Penunggang motosikal pertama, lelaki berusia 34 tahun yang berada di hadapan ternampak seekor gajah di tepi jalan lalu mengambil tindakan memecut laju dan berjaya melepasi haiwan tersebut.
“Bagaimanapun, motosikal kedua yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun merupakan adik penunggang motosikal pertama bersama rakannya pembonceng tidak sempat melepasi gajah berkenaan dan berhenti bagi menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Abdul Samad berkata, secara tiba-tiba gajah tersebut menarik penunggang motosikal kedua sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam gaung manakala pembonceng sempat melarikan diri.
Katanya, mangsa yang terjatuh mengalami kecederaan di bahagian muka dan sakit badan, dirujuk ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, penunggang motosikal pertama dan pembonceng motosikal kedua tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan RPS Air Banun, Gerik kerana berisiko terdapat hidupan liar melintas atau berada di atas jalan. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang berlaku kepada seorang lelaki Orang Asli dalam kejadian di Jalan Kampung Pengkalan Permai, RPS Air Banun?
A: Beliau cedera terjatuh ke dalam gaung selepas ditarik seekor gajah. - Q: Pihak yang menerima laporan mengenai kejadian tersebut adalah siapa?
A: Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman. - Q: Apakah yang menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam gaung?
A: Gajah menarik penunggang motosikal kedua sehingga menyebabkan mangsa terjatuh. - Q: Apakah kecederaan yang dialami oleh mangsa dalam kejadian tersebut?
A: Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan sakit badan. - Q: Apakah nasihat yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Gerik setelah kejadian tersebut?
A: Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan RPS Air Banun kerana terdapat risiko hidupan liar melintas atau berada di atas jalan.