awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera ditikam jiran dalam pergaduhan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2021
23:05 MYT
Lelaki cedera ditikam jiran dalam pergaduhan
Suspek direman selama empat hari sehingga 23 Julai ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki cedera ditikam dengan pisau oleh jirannya dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada bunyi bising ketika memasak dalam kejadian di Taman Permas Jaya, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian pada jam 1.15 tengah hari sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati mangsa yang berusia 50-an cedera di perut akibat ditikam dipercayai oleh jirannya yang juga seorang lelaki berusia 40-an.
"Maklumat awal diterima, punca pergaduhan kerana memarahi mangsa yang dikatakan membuat bising ketika sedang memasak bersama rakan serumahnya.
"Susulan itu, kita menahan suspek pada hari yang sama jam 2.45 petang di sekitar kawasan kejadian," katanya.
Jelasnya, suspek kini direman selama empat hari sehingga 23 Julai ini dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Tambah Mohd Padzli, mangsa dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di bandar raya itu.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki cedera ditikam jiran dalam pergaduhan
Topic Berkaitan
#cedera ditikam jiran
#Mohd Padzli Mohd Zain
#cedera
#tikam
#jiran
#Johor Bahru
#bising
#masak
#suspek
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan