awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera, kereta terbabas rempuh kedai di Segari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/07/2022
00:20 MYT
Lelaki cedera, kereta terbabas rempuh kedai di Segari
Bomba mendapati kereta jenis Toyota Altis terbabas dan merempuh deretan kedai, menyebabkan mangsa tersepit, dalam kejadian awal pagi ini di Segari, dekat Lumut. - Foto JBPM Perak
LUMUT: Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh kedai di Batu 13, Tebuk Yan, Segari, dekat sini, awal pagi ini.
Lelaki berusia 45 tahun itu tersepit selepas keretanya merempuh sebuah daripada empat deret kedai yang telah ditinggalkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 3.19 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Toyota Altis telah terbabas dan merempuh deretan kedai menyebabkan mangsa tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hisham Hamzah tamat jam 4.15 pagi.
Topic Berkaitan
#Segari
#kemalangan
#kereta rempuh kedai
#pemandu kereta tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan