awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki cedera kereta terbakar semasa isi minyak

Bernama
Bernama
17/05/2024
14:47 MYT
Lelaki cedera kereta terbakar semasa isi minyak
Seorang lelaki cedera apabila keretanya terbakar selepas meletup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak petang tadi. - Gambar hiasan
KANGAR: Seorang lelaki cedera apabila keretanya terbakar selepas meletup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki yang juga pemandu kereta itu berumur lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan akibat percikan serpihan kaca kereta berkenaan dalam kejadian pada 4.10 petang itu.
"Semasa kejadian itu berlaku, ia melibatkan pemandu seorang sahaja .. mangsa dalam keadaan stabil dan dibawa oleh pihak ambulans ke HTF (Hospital Tuanku Fauziah) Kangar untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Yusharifuddin berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika kereta terbabit sedang mengisi minyak petrol dengan tiba-tiba dipercayai bahagian tangki meletup mengakibatkan kebakaran hampir keseluruhan kereta itu.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh staf stesen minyak berkenaan pada kira-kira 4.25 petang iaitu 15 minit masa diambil untuk kerja-kerja memadamkan kebakaran.
"Siasatan forensik pihak bomba mendapati punca kebakaran/cetusan api dipercayai bermula di bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri," katanya.
Beliau berkata siasatan pihak bomba juga mengesyaki cetusan api itu daripada tindak balas sampel yang diambil iaitu sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kereta itu yang boleh terjadinya percikan api.
"Selain itu, pihak bomba juga mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di tempat yang dijumpai di bahagian tempat duduk penumpang hadapan kiri terbabit," katanya dan menambah tiada unsur jenayah ditemukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terbakar
#isi minyak
#stesen minyak
#Polis Daerah Kangar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan