MALAYSIA
Lelaki cedera parah pada kepala, ditetak adik sendiri
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata mangsa berusia 56 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
IPOH: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dipercayai ditetak adik sendiri menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Ayer Tawar, Manjung hari ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata mangsa berusia 56 tahun kini sedang menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira 1.30 petang daripada orang awam memaklumkan kejadian pergaduhan adik-beradik. Siasatan pihak polis dapati mangsa adalah abang kepada suspek dan tinggal serumah dengan suspek sekeluarga.
"Punca pergaduhan disebabkan oleh suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menendang pintu bilik air ketika anak perempuannya masih berada di dalam bilik air itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata hasil siasatan lanjut, pihak polis berjaya menahan suspek berusia 49 tahun dan merampas sebilah parang disyaki senjata digunakan lelaki berkenaan pada 1.55 petang tadi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA