awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/06/2022
03:45 MYT
Lelaki ceroboh, buat khianat di kawasan perkuburan ditahan polis
Paparan imej video tular terdapat seorang lelaki menceroboh dan lakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Kampung Jaya Semanggol. Gambar kecil: Mazuki. -Foto Sinar Harian
BAGAN SERAI: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menceroboh dan melakukan khianat di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Jaya Semanggol, dekat sini, pada pagi Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Mazuki Mat berkata pihaknya menerima laporan pada Rabu berkaitan satu video tular yang memaparkan kejadian berkenaan.
“Hasil siasatan dan semakan terhadap video tular yang berdurasi 1.21 minit itu mendapati suspek adalah seorang lelaki yang tinggal berdekatan di kawasan tersebut.
“Berdasarkan maklumat orang awam pada 9 Jun, jam lebih kurang 9 pagi, tangkapan telah berjaya dilakukan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dengan dibantu oleh anggota Balai Polis Semanggol,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap suspek berusia 36 tahun itu bagi mengenal pasti motif tindakan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan iaitu pencerobohan di tempat-tempat perkuburan.
Terdahulu tular di media sosial memaparkan kejadian beberapa kubur di kawasan berkenaan dirosakkan dengan batu nisan dan 'kepok' dicabut.
Topic Berkaitan
#Mazuki Mat
#rosakkan kubur
#khianat di kawasan Tanah Perkuburan
#Tanah Perkuburan Kampung Jaya Semanggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan