awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ceroboh hutan simpan ditahan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/12/2019
03:45 MYT
Lelaki ceroboh hutan simpan ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menceroboh dan mengambil hasil hutan kayu jaras bakau di Hutan Simpan Limau, dekat sini, pada Jumaat. -Foto Jabatan Perhutanan Perak
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menceroboh dan mengambil hasil hutan kayu jaras bakau di Hutan Simpan Limau, dekat sini, pada Jumaat.
Suspek disyaki melakukan pencerobohan itu di Kompartmen 50 hutan simpan berkenaan yang melibatkan kawasan kira-kira satu hektar.
Menurut kenyataan Jabatan Perhutanan Perak, pasukan serbuan juga telah menemui satu sampan panjang berukuran 17 kaki berserta enjin bot jenama Yamaha Enduro 30HP, satu bot tongkang dan 400 batang kayu jaras.
“Kesemuanya telah disita untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, ekoran daripada itu, satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Trong dan suspek telah dilepaskan dengan bon jaminan polis.
Katanya, lanjut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Seksyen Operasi dan Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984.
Menurut kenyataan itu lagi, suspek juga boleh dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu kesalahan memasuki hutan tanpa permit yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
“Bagaimanapun, ianya akan diputuskan setelah siasatan lengkap dijalankan oleh pihak penyiasat jabatan,” ujarnya.
Katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Perak amat menggalak dan mengalu-alukan sebarang maklumat awam berhubung kegiatan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan juga aktiviti penerokaan Hutan Simpan Kekal (HSK) secara haram di Negeri Perak.
“Pihak jabatan juga ingin menasihatkan individu atau masyarakat awam mengenai sebarang aktiviti pengambilan hasil hutan secara haram dari HSK adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh didakwa di bawah APN 1984,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#ambil hasil hutan kayu jaras bakau
#hutan simpan
#Hutan Simpan Limau
#Jabatan Perhutanan Perak
#Kompartmen 50
#pencerobohan hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan