awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ceroboh tandas wanita, miliki bahan lucah dipenjara 7 hari, denda

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2022
22:45 MYT
Lelaki ceroboh tandas wanita, miliki bahan lucah dipenjara 7 hari, denda
Seorang jurutera perisian yang mengaku 'fetish' dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menceroboh tandas wanita dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya, Isnin lalu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera perisian yang mengaku 'fetish' dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana menceroboh tandas wanita dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya, Isnin lalu.
Untuk rekod, fetish atau obsesi adalah suatu bentuk keinginan seksual di mana kepuasan dikaitkan dengan tahap yang tidak normal melibatkan objek tertentu seperti pakaian dan bahagian badan.
Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000, manakala pertuduhan kedua libatkan jumlah penjara sama dengan denda RM800.
Lai Wah Onn, 26, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nadia Othman.
Ketika memutuskan hukuman itu, Majistret Nadia berkata, mahkamah memandang serius kesalahan itu dan memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.
“Mahkamah sudah mengambil kira ia adalah kesalahan pertama tertuduh yang turut memaklumkan akan mendapatkan rawatan psikiatri.
“Hukuman penjara itu berjalan serentak dan jika tertuduh gagal membayar denda, kamu boleh dipenjara selama tiga bulan,” katanya.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa menceroboh tandas wanita di tingkat 10 sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail di sini, jam 6.15 petang, 30 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mempunyai video lucah dalam telefon bimbit di lokasi dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Semasa prosiding, Wah Onn yang tidak diwakili peguam mengakui masuk ke tandas wanita kerana mempunyai ‘fetish’.
“Saya masuk sebab nak rakam kasut dan muka dari sudut atas. Saya ada masalah ‘fetish’ dan akan berjumpa dengan psikiatri berkaitan masalah itu.
“Saya mohon maaf atas kesalahan dan merayu hanya didenda kerana ia adalah kesalahan pertama saya,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#fetish
#Lai Wah Onn
#obsesi pelik
#ceroboh tandas wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan