Lelaki yang mendakwa dirinya anggota kumpulan pengganas Daish dan membawa bom ke Kementerian Pertahanan (Kementah) Januari lepas akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara
supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.
Peguam Shamsul Sulaiman ketika memaklumkan perkara tersebut kepada Majistret Husna Dzulkifly, memberitahu berdasarkan laporan pemeriksaan kesihatan mental dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, anak guamnya, Muhammad Hudzaifah Shubli Yasin, 30, didapati menghidap sejenis penyakit mental iaitu bipolar mood disorder.
"Berdasarkan laporan, ketika kejadian, Muhammad Hudzaifah Shubli adalah dalam keadaan tidak waras, tidak sedar serta tidak tahu sebab dan akibat daripada perbuatannya itu.
"Simpton awal penyakit itu mula dikenal pasti pada 2006. Kemudian pada 2008, dia disahkan menghidap bipolar mood disorder," katanya sambil memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar surat itu sebelum 22 Mac.
Pada 22 Januari lepas, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan ketakutan apabila memberitahu kepada seorang anggota tentera bahawa dia membawa bom di pintu pos pengawal Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, Wangsa Maju, pada 8.10 malam 20 Januari lepas.
Muhammad Hudzaifah Shubli yang juga calon bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012 di UIA, didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang ditahan di Penjara Sungai Buloh, atas alasan pertuduhan di bawah seksyen itu tidak membenarkan sebarang jaminan bagaimanapun ia bergantung kepada budi bicara mahkamah.
Shamsul memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan dengan alasan keadaan di penjara dikhuatiri akan membuatkan penyakit anak guamnya akan menjadi semakin teruk.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 22 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Bernama
Mon Feb 29 2016
Pada 20 Januari, Muhammad Hudzaifah yang datang sebagai penumpang teksi ini mendakwa membawa bom di pintu pos pengawal Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, Wangsa Maju, pada 8.10 malam. - Gambar fail
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
Lelaki dakwa dirinya anggota Daish akan kemuka representasi
Pada 22 Januari lepas, bekas penuntut universiti itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan ketakutan.