JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai runner ditahan bersama sejumlah dadah bernilai RM176,697 di rumah pangsa di daerah Muar pada 30 Jan lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata, penganggur berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada 6 petang.
Beliau berkata hasil pemeriksaan pihaknya menemukan 10 kilogram (kg) heroin, 388 gram syabu dan 250 biji pil erimin 5 yang disembunyikan di dalam sebuah almari.
"Individu ini menyewa rumah pangsa di tingkat enam dengan menjadikan rumah sewa itu sebagai tempat penyimpanan dadah dan dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah ini sejak Disember tahun lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.
Mohd Afzanizam berkata, rampasan dadah berkenaan dipercayai boleh digunakan oleh 51,990 penagih.
Sementara itu beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Lelaki itu direman enam hari bermula 31 Jan sehingga 5 Feb ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 03 2022

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. - Gambar hiasan

Niaga AWANI: Automotif | Perodua optimis daftar 200 ribu unit kenderaan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST). Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.

Jiwa SME | Media sosial bantu jualan topi keledar tembusi pasaran luar
Untung dan rugi adalah resam yang lazimnya dihadapi mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Namun pandemik Covid-19 dibaratkan sebagai ujian paling getir dihadapi usahawan dan peniaga kerana bukan sahaja tiada keuntungan......malah, terpaksa menggunakan duit simpanan bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus mampu bertahan. Ikuti kisah Syairazi Mohd, yang menjalankan perniagaan menjual topi keledar disebalik cabaran pandemik itu.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam

Sukan Komanwel: Tidak mustahil acara judo lakar kejutan - CDM
Misi membawa pulang pingat dalam acara judo pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan satu tugas mudah, namun ia tidak mustahil.

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Banjir Baling: Penduduk kampung terjejas lega Perdana Menteri umum bantuan awal
Pada masa sama, mereka memohon kerajaan memudahkan proses untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Warga Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung subuh esok
Rakyat Malaysia, Kalwant Singh yang ditahan atas kesalahan mengedar dadah pada 24 Oktober 2013 akan menjalani hukuman gantung sampai mati esok, 7 Julai pada waktu subuh.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Anggota polis hampir putus jari dilibas parang
Suspek yang berada di bawah pengaruh dadah 'naik angin' apabila cuba ditahan anggota polis itu.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah
Suspek telah melanggar kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri.

Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.

Penganggur buat pusingan U lari SJR, positif dadah
Suspek seorang penganggur dan semakan lanjut mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.