MALAYSIA
Lelaki didakwa atas tuduhan bunuh kanak-kanak tiga tahun
Mohammad Shukri Ryan (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Kuching atas pertuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nurzahieyka Zainuddin, pada 7 Okt 2025 di Kampung Rampangi. -Foto Astro AWANI
KUCHING: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah, di sini, awal bulan ini.
Ringkasan AI
Tertuduh, Mohammad Shukri Ryan, 32, didakwa melakukan perbuatan itu pada 7 Oktober 2025, kira-kira jam 7.45 malam di Lot 591, Lorong Meranti 1E, Kampung Rampangi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian mangsa, Nurzahieyka Zainuddin, sekali gus melakukan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwan Radzali, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng. Tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Tertuduh turut berdepan beberapa pertuduhan lain berkaitan kesalahan dadah di Mahkamah Majistret 2 dan 3 pada hari yang sama.
Kes ini menarik perhatian masyarakat selepas mangsa disyaki didera sebelum disahkan meninggal dunia.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Ringkasan AI
- Mohammad Shukri Ryan, 32, didakwa di Mahkamah Majistret Kuching atas pertuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nurzahieyka Zainuddin, pada 7 Okt 2025 di Kampung Rampangi.
- Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika tidak dihukum mati; tiada pengakuan direkodkan.
- Kes turut menarik perhatian masyarakat kerana mangsa disyaki didera sebelum meninggal dunia; tertuduh juga berdepan pertuduhan berkaitan dadah di mahkamah lain.