awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa cedera isteri dengan pisau

Raffi Bachik
Raffi Bachik
22/01/2018
08:28 MYT
Lelaki didakwa cedera isteri dengan pisau
Muhammad Rafi diiringi pegawai polis di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pagi tadi. - Astro AWANI
Gara-gara mengacu pisau sehingga mencederakan leher isterinya, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh, Muhammad Rafi Md Taib, 44 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, tertuduh didakwa sengaja mengacukan pisau pada leher isterinya Norazian Adam, 39 tahun, sehingga menyebabkan kecederaan, di sebuah rumah di Kampung Alai, Melaka sekitar 1.15 petang, 16 Dis lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga enam tahun, atau didenda atau disebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria mencadangkan jaminan RM8,000 sebelum Norina pada penghakimannya membenarkan cadangan jaminan oleh pihak pendakwaan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Muhammad Rafi turut berdepan tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan samun sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, menghalang tugas penjawat awam dengan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan memiliki senjata pisau tanpa kebenaran.
Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 394 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, dan juga Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Norma Ismail sejurus mendengar pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Prosiding yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvina Mohd Rawi, tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira pembebasan tertuduh dikhuatiri akan mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Norma juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Kesemua kes akan disebut semula pada 28 Feb ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Muhammad Rafi tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#cedera isteri
#keganasan rumahtangga
#pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan