awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa jalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen

Bernama
Bernama
28/10/2024
13:48 MYT
Lelaki didakwa jalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen, Isnin lepas. - Gambar Bernama
IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen, Isnin lepas.
Ting Chuan Yau, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Shariff dalam bahasa Mandarin.
Mengikut pertuduhan, Ting didakwa menjalankan perniagaan memberikan pinjaman wang tanpa lesen yang sah di hadapan Restoran Kak Jun di Persiaran Utama 1, Taman Becham Raya dalam daerah Ipoh, pada 10.45 pagi, 21 Okt lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin menawarkan jaminan RM7,000 manakala peguam S.Teeban Kummar yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,000 atas alasan Ting masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Mahkamah memutuskan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 23 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pinjaman wang
#penjara
#semutan semula kes
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan