awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2023
03:50 MYT
Lelaki didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara
Tertuduh yang berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang penolong pegawai perubatan sebuah hospital di sini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, April lalu.
Tertuduh yang berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada jam 1.20 pagi, 20 April lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memeluk, meraba dan melakukan amang seksual pada waktu dan tempat yang sama.
Bagi dua perbuatan terbabit, bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) yang masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan perbuatan itu di bawah kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara membenarkan tertuduh diikat jamin.
Beliau turut mencadangkan tiga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai, lapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada.
Tertuduh yang diwakili peguam Abd Rahim Ali bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin dengan jumlah yang mampu memandangkan hanya dia seorang yang bekerja kerana isterinya seorang suri rumah dan menanggung tiga anak berusia lima bulan, tiga dan enam tahun.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan berserta tiga syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 22 November depan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#amang seksual
#bapa saudara
#anak saudara
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan