MALAYSIA
Lelaki didakwa rogol adik ipar bawah umur
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol adik iparnya yang juga merupakan gadis di bawah umur, tahun lalu. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Seorang buruh kasar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol adik iparnya yang juga merupakan gadis di bawah umur, tahun lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh yang berusia 31 tahun itu membuat pengakuan berkenaan setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Madihah Zainol.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai dua anak didakwa merogol adik iparnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun lima bulan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Parit Lapis Sayang, Benut, Pontian pada jam 9 pagi, awal Julai tahun lalu.
Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh yang juga abang ipar mangsa dan memaklumkan mangsa kini tidak tinggal bersama-samanya.
Bagaimanapun Peguam, Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana tertuduh hanya bekerja sebagai buruh kasar dan bekerja kampung dengan upah harian yang tidak menentu.
Tertuduh juga sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kecil yang mana salah seorang daripada anaknya mengidap penyakit sawan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta tiga syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mangsa juga perlu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali dan pasport antarabangsa (sekiranya ada) diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 24 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang buruh kasar berusia 31 tahun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol adik iparnya yang berumur 15 tahun lima bulan, di Kampung Parit Lapis Sayang, Pontian pada Julai tahun lalu.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan termasuk larangan gangguan terhadap mangsa dan saksi, serta penyerahan pasport jika ada.
- Kes akan disebut semula pada 24 Oktober untuk penyerahan dokumen, sementara mangsa kini tidak tinggal bersama tertuduh.