MALAYSIA
Lelaki didakwa tikam nenek sehingga maut, tetak moyang
Tertuduh, Muhammad Farhan Zulkefli, dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani bagi menghadapi pertuduhan membunuh nenek dan mencederakan moyangnya. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas dua pertuduhan, membunuh nenek dan mencederakan moyangnya dalam kejadian Isnin lalu.
Ringkasan AI
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh, Muhammad Farhan Zulkefli, 21, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Halimah Hashim, 65, pada jam 6.40 hingga 6.53 petang di sebuah rumah dekat Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil, Baling pada 16 Disember lalu.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hendaklah disebat minimum 12 sebatan.
Tertuduh turut didakwa menetak Mariyam Ariffin, 80, menggunakan sebilah parang di lokasi, masa dan tempat yang sama.
Akibat perbuatan itu, dia didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika menyebabkan kecederaan mangsa, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor memaklumkan bahawa tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membuat permohonan mengikut Seksyen 342.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan mendapatkan laporan psikiatri tertuduh di Hospital Bahagia Ulu Kinta pada 6 Januari tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Muhammad Farhan Zulkefli, 21, dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh nenek dan mencederakan moyang pada kejadian di Kampung Baru Bakai, Baling.
- Tertuduh tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri.
- Tertuduh sedang menerima rawatan psikiatri di Hospital Bukit Mertajam dan mahkamah membenarkan permohonan mendapatkan laporan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta.