awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain

Bernama
Bernama
06/02/2026
09:00 MYT
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Yunsa Eso Mhd Yunus, 33, selepas dia gagal memberikan alasan munasabah. - Gambar hiasan
TAWAU: Seorang lelaki didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki sekeping kad mesin juruwang automatik (ATM) yang bukan miliknya.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Yunsa Eso Mhd Yunus, 33, selepas dia gagal memberikan alasan munasabah. Jika gagal membayar denda boleh dipenjara 18 bulan.
Berdasarkan fakta kes, polis menjalankan satu operasi khas bagi menangani aktiviti jenayah penipuan dalam talian yang menggunakan akaun bank sebagai alat menerima atau memindahkan wang hasil jenayah penipuan.
Polis telah mengenal pasti dua individu disyaki melakukan pakatan jenayah untuk mengedar, membeli dan menyewa kad ATM bank bagi menjalankan aktiviti penipuan.
Mengikut pertuduhan Yunsa Eso ditahan pada 30 Jan lepas, dan dia yang bekerja sendiri sebagai pemandu, melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Barisan di sini pada 5 petang.
Pendakwaan mengikut Seksyen 424A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda minimum RM5,000 serta maksimum RM50,000 atau penjara antara enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau ASP Jeffrey Kadisun berkata kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius serta merugikan masyarakat, di samping menjejaskan kepercayaan terhadap sistem perbankan.
Beliau berkata kes seumpama itu semakin kerap berlaku di Tawau dan ia pendakwaan yang pertama di sini, di bawah seksyen berkenaan.
Yunsa Eso dalam keterangan di mahkamah mengaku hanya sebagai orang tengah dan kemudian menghantar kad berkenaan kepada pihak ketiga dengan mendapatkan komisen antara RM50 hingga RM100.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad ATM
#keldai akaun
#kes mahkamah
#hukuman denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan