awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2022
22:35 MYT
Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat
Unit K9 anjing pengesan turut berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa dikhuatiri lemas di Kampung Lambidan, Kuala Penyu. -Foto Sinar Harian
KUALA PENYU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan bersama adiknya di Pantai Kampung Lambidan, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa Mohammad Sahrijan Sani, 39, dikatakan gagal menyelamatkan diri sebelum hilang dibawa ombak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Awang Mohd Sabree berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.59 pagi.
Katanya, menurut laporan, mangsa keluar memasang pukat bersama adiknya sekitar jam 12 tengah malam Isnin dan balik semula ke rumah mereka.
"Pada jam 6.30 pagi tadi, mangsa dan adiknya turun semula ke laut untuk melihat hasil tangkapan namun kedua-dua mereka lemas sebelum adik mangsa berjaya menyelamatkan diri.
"Dia kemudiannya pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 pagi untuk memaklumkan kepada isteri mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
"Seramai 10 anggota dari BBP Kuala Penyu dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 38 kilometer. Operasi mencari turut dibantu oleh Unit K9 anjing pengesan namun sehingga kini mangsa belum ditemui," katanya.
Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohammad Sahrijan Sani
#memukat ikan
#Pantai Kampung Lambidan
#Awang Mohd Sabree
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan