Kegembiraan dua sahabat mencari kepah di pantai Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang berakhir tragedi apabila salah seorang dari mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian petang Rabu.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Mohamed Zulfadhli Mohamed Johari berumur 22 tahun bersama rakannya, seorang remaja berusia 13 tahun dihanyutkan arus ketika leka mencari kepah.
Mangsa tidak berjaya menyelamatkan diri manakala rakannya berjaya diselamatkan nelayan yang menyedari kejadian berkenaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 petang berhubung kejadian malang itu.
Berdasarkan maklumat, dua lelaki berkenaan sedang mencari kepah berhampiran pantai berkenaan sebelum mereka tiba-tiba dihanyutkan arus.
Setakat ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dengan dibantu oleh nelayan serta penduduk setempat.
Selain itu, anggota dari unit Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda turut serta dalam operasi SAR berkenaan.
Sebuah Pos Kawalan Bomba (PKB) juga turut dibuka di lokasi kejadian bagi memantau operasi yang dijalankan.
Mangsa yang selamat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut manakala operasi SAR mencari mangsa yang hilang masih diteruskan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 18 2019
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.03 petang berhubung kejadian malang itu. - Foto ihsan bomba
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Remaja lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus di Rompin
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin.
Dua lemas semasa mencari kepah
Dua lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mencari kepah di pantai Esplanade Buntal, Kampung Buntal, tengah malam tadi.
3 kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus ketika cari kepah
Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mencari kepah bersama ahli keluarga mereka di muara Sungai Kampung Mangkuk, Setiu pada Jumaat.
Lelaki dikhuatiri lemas ketika mencari kepah
Kegembiraan dua sahabat mencari kepah di pantai Kuala Muda, Penaga Pulau Pinang berakhir tragedi apabila salah seorang dari mereka dikhuatiri lemas.