Lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Merugin, Ranau

Bernama
Oktober 31, 2019 13:22 MYT
Pihak JBPM menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 2.40 petang dan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. - Gambar fail
Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Merugin, Ranau dekat sini, petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 2.40 petang dan empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat.
"Menurut laporan mangsa berusia 23 tahun itu dipercayai hilang pada jam 12:30 tengah hari, ketika sedang mandi di sungai berkenaan yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai bomba Ranau," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi itu akan terus dilaksanakan sehingga mangsa ditemui.
-- BERNAMA
#dikhuatiri lemas #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM Sabah #mandi #Ranau #Sungai Merugin