TELUK INTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika menjala udang galah bersama seorang rakannya di Sungai Perak, berhampiran Pulau Pasir, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa yang masih bujang berusia 37 tahun beralamat terakhir dari Tangkak, Johor.
Menurutnya, siasatan mendapati tempat kejadian adalah berhampiran Pulau Pasir yang terletak di seberang Sungai Perak, berhadapan Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima dari saksi yang juga rakan mangsa, mereka turun ke sungai untuk menjala udang galah di atas tepi beting pasir, kira-kira jam 2.45 petang.
“Semasa itu air sedang pasang dan jarak mangsa dengan saksi lebih kurang 50 meter kerana mangsa yang pandai menebar jala dan saksi hanya berada di atas beting pasir ketika itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ahmad Adnan berkata, saksi ternampak air sudah berada di paras dada mangsa dan beranggapan rakannya itu cuba berendam dalam air untuk membasahkan badan kerana cuaca panas ketika itu.
“Saksi cuba memanggil dan bertanya kepada mangsa adakah dia selamat, tetapi mangsa tidak menjawab.
“Tidak berapa lama kemudian, saksi terdengar mangsa menjerit meminta bantuan dan saksi nampak tangan mangsa terkapai-kapai,” ujarnya.
Menurutnya, saksi dapat memegang mangsa dan cuba mengangkatnya ke atas tetapi tidak berjaya kerana tali jala masih terikat di tangan mangsa.
Bagaimanapun, kata Ahmad Adnan, keadaan arus air sungai sangat kuat menyebabkan mangsa terlepas dari pegangan saksi.
“Saksi cuba dapatkan bantuan dari seorang lagi pekerjanya untuk telefon bomba dan polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.
Setakat ini mayat mangsa masih belum ditemui dan kerja-kerja mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pihak polis dan bomba.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 15 2022
Kejadian berlaku berhampiran Pulau Pasir yang terletak di seberang Sungai Perak, berhadapan Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran. - Foto PDRM
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Lelaki lemas di Air Terjun Batu Berangkai
Kam Kah Kit yang berumur sekitar 20 tahun maut selepas lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar pada Jumaat.