awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Bernama
Bernama
21/12/2024
15:45 MYT
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
ACP Wan Mohd Zahari berkata Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri. - Bernama
KUANTAN: Seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lepas ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Sungai Isap di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Safri Mohd Ali yang beralamat di Kampung Hijrah di sini, dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Beliau berkata sejurus menerima maklumat, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang serta petugas kesihatan telah ke lokasi kejadian dan kematian Safri kemudian telah disahkan oleh penolong pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Pemeriksaan di dalam kenderaan turut menemukan kad pengenalan, telefon bimbit dan beg galas milik Safri.
"Mayat Safri dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk bedah siasat dan proses pengecaman telah dilakukan oleh ahli keluarganya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Wan Mohd Zahari berkata siasatan awal polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
Safri sebelum ini dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah kira-kira 8 pagi 13 Dis lepas dengan memandu kereta Perodua Viva untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia, di sini.
Laporan kehilangannya dibuat adiknya pada 14 Dis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#meninggal dunia dalam kereta
#polis
#Sungai Isap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan