awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dilepas, dibebas daripada tuduhan bunuh teman wanita warga Singapura

Bernama
Bernama
20/02/2020
07:00 MYT
Lelaki dilepas, dibebas daripada tuduhan bunuh teman wanita warga Singapura
Hakim Datuk Halijah Abbas membuat keputusan itu terhadap Tan Jiann Fah, 49, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan. - Foto Bernama
Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada tuduhan membunuh teman wanitanya yang merupakan warga Singapura di Kluang, enam tahun lepas.
Hakim Datuk Halijah Abbas membuat keputusan itu terhadap Tan Jiann Fah, 49, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan berkenaan.
Keputusan itu sekali gus mengetepikan hukuman penjara 18 tahun yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi sama terhadap tertuduh pada Feb 2018.
Ketika itu, mahkamah memutuskan untuk menjatuh hukum Tan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh tanpa niat dan bukannya di bawah Seksyen 302 kanun sama kerana mendapati wujud kes prima facie di bawah Seksyen 304 lantas menyebabkan kes dipinda daripada seksyen asal.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung pindaan terbabit dan berjaya membawa kes itu untuk didengar semula bagi pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni manakala tertuduh diwakili peguam S. Vijayaretnam.
Mengikut fakta kes, Tan didapati berada bersama Goh Poh May (ketika itu berusia 40 tahun) di rumah No.43 Jalan Saujana Bistari 2, Taman Saujana, Kluang, pada 24 Jun 2014 kira-kira 12 tengah malam.
Semasa masuk ke bilik tidur, mangsa telah bertengkar dengan tertuduh kerana tertuduh cemburu melihatnya memegang lelaki lain ketika minum di sebuah kedai kopi di Kluang.
Pertengkaran menyebabkan tertuduh bertindak menekup bantal di atas muka mangsa dan mengakibatkannya meronta-ronta kelemasan sebelum akhirnya tidak sedarkan diri.
Pada keesokannya, tertuduh cuba mengejutkan mangsa namun mendapati mangsa telah meninggal dunia.
Tan kemudian melarikan diri ke Gua Musang, Kelantan dan ditangkap pada 6 September 2016.
Tertuduh sepatutnya berdepan hukuman mati jika sabit dengan kesalahan di bawah Seksyen 302 KK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#bunuh teman wanita
#Gua Musang
#Kluang
#mahkamah
#Mahkamah Rayuan
#mangsa
#mati
#meninggal dunia
#Muar
#Singapura
#Tan Jiann Fah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan