awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara 18 bulan beli nasi, rokok guna wang palsu

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2021
04:31 MYT
Lelaki dipenjara 18 bulan beli nasi, rokok guna wang palsu
Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Fizwan Norruhadi, 34, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. -Gambar hiasan
KUANTAN: Akibat menggunakan wang palsu untuk membeli nasi dan rokok, seorang penganggur dihukum penjara 18 bulan.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan, Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas Muhamad Fizwan Norruhadi, 34, membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan sekeping wang RM100 palsu sebagai tulen untuk membeli sebungkus nasi berharga RM5 di sebuah gerai makan di Beserah dan membeli sekotak rokok berharga RM12 di kedai serbaneka di Indera Mahkota 3.
Kedua-dua pertuduhan dilakukan pada 9.30 pagi dan 3.18 petang pada 21 Ogos lalu.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 489(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksumum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman yang ringan kerana mempunyai tanggungan ayah berusia 64 tahun.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwara Raya Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat memohon hukuman yang setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran dan kepentingan awam.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi pertuduhan pertama dan penjara 18 bulan bagi pertuduhan kedua.
Hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 23 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#wang palsu
#beli nasi dan rokok
#penganggur mengaku salah
#dipenjara 18 bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan