awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/06/2024
04:39 MYT
Lelaki dipercayai tikam mati isteri direman seminggu
Suspek yang berpakaian kemeja T puteh dibawa masuk ke mahkamah pada jam 11.10 pagi dan keluar 20 minit kemudian. - Foto Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan lelaki yang disyaki menikam mati isterinya di Kampung Simee, Ipoh, pada Rabu, direman seminggu.
Majistret Noor Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan lelaki berusia 56 tahun itu direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berpakaian kemeja T putih dibawa masuk ke mahkamah pada jam 11.10 pagi dan keluar 20 minit kemudian.
Wanita maut dipercayai ditikam suami
Pada Rabu, media melaporkan polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dalam kejadian di Laluan Simee 11, Kampung Simee.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat diterima daripada orang awam jam 9.26 pagi selepas mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
Menurut beliau, mangsa berusia 48 tahun ditemui terbaring di kawasan garaj rumahnya dengan tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.
Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan, namun berdasarkan keterangan saksi yang juga anaknya, mangsa dan suspek kerap bergaduh.
Polis juga juga merampas sebatang besi yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Topic Berkaitan
#lelaki tikam isteri
#direman
#kampung simee
#Ipoh
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan