awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipukul semasa menonton perlawanan bola antara JDT dan KL City

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/07/2023
01:16 MYT
Lelaki dipukul semasa menonton perlawanan bola antara JDT dan KL City
Seorang penonton mengalami kecederaan selepas dipukul semasa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.
ISKANDAR PUTERI: Seorang penonton mengalami kecederaan selepas dipukul semasa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mangsa yang berusia 30 tahun itu mengesyaki dirinya dipukul oleh anggota pasukan keselamatan.
Katanya, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, pada jam 11.50 pagi Ahad.
"Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Bagaimanapun, keadaan mangsa baik dan stabil. Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Rahmat, kes tersebut kini berada dalam siasatan pihak polis.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.
Kes itu, jelas beliau, disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya).
Topic Berkaitan
#JDT menang Piala FA
#lelaki dipukul
#JDT lawan KL City
#Stadium Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan