awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes tikam konstabel polis

Bernama
Bernama
14/07/2023
16:05 MYT
Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes tikam konstabel polis
Kamarul Zaman berkata lelaki berkenaan ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira 1 tengah hari, Rabu lepas dan kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 30-an direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan menikam seorang konstabel polis hingga cedera parah, Isnin lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berkenaan ditahan di sekitar bandar raya ini kira-kira 1 tengah hari, Rabu lepas dan kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"Lelaki itu didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.
Kamarul Zaman berkata beliau telah melawat anggota berkenaan yang kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Aminah di sini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilapor berkata seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah selepas ditikam seorang lelaki dalam Op Tapis Khas Se-Malaysia di kawasan tempat letak kereta berbayar di Jalan Ungku Puan, di sini pada 2.30 pagi, Isnin lepas.
Dalam kes berlainan, Kamarul Zaman berkata sebanyak 219 kes melibatkan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilaporkan berlaku di Johor sejak 1 Jan tahun ini hingga semalam dengan 103 kes daripadanya telah didakwa di mahkamah.
Beliau berkata seramai 43 kanak-kanak di negeri ini turut dilaporkan hilang dengan 40 daripadanya ditemukan semula, manakala tiga lagi yang dilaporkan hilang di daerah Johor Bahru belum ditemukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Op Tapis Khas Se-Malaysia
#kesalahan jenayah seksual
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan