awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disaman, disiasat benarkan remaja pandu kereta

Bernama
Bernama
24/02/2024
06:51 MYT
Lelaki disaman, disiasat benarkan remaja pandu kereta
Tindakan diambil susulan gambar tular yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis telah mengeluarkan saman terhadap seorang lelaki tempatan kerana membenarkan seorang remaja berumur 13 tahun memandu sebuah kereta dalam kejadian di Taman Permainan Taman Daya di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan anak kepada pengasuh remaja itu disaman bagi kesalahan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan.
Menurutnya selain disaman lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal, dan jika disabitkan dengan kesalahan ia boleh membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#13 tahun
#pandu kereta
#Taman Permainan Taman Daya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan