MALAYSIA
Lelaki disyaki bakar rumah abang ipar ditahan
Suspek warga tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada 11.25 pagi tadi, beberapa jam selepas kejadian dilaporkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai bertindak membakar unit kediaman abang iparnya di PPR Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam, kerana berang dan menuduh mangsa mencampuri urusan rumah tangganya
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud berkata suspek warga tempatan berusia 34 tahun itu ditahan pada 11.25 pagi, beberapa jam selepas kejadian dilaporkan.
Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi apabila suspek yang juga suami kepada adik perempuan mangsa datang ke rumah mangsa dengan alasan mahu mengambil barang peribadinya.
"Semasa mangsa membuka pintu, suspek menjerit dan menuduh mangsa sebagai punca keretakan rumah tangganya.
"Bagi mengelakkan pergaduhan, mangsa membenarkan suspek masuk untuk mengambil barang sementara mangsa beredar ke hujung kawasan tangga blok kediaman itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdi berkata tidak lama kemudian, jiran memaklumkan rumah mangsa terbakar sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikejarkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata kebakaran berjaya dipadam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Katanya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati suspek terhadap mangsa yang didakwa mencampuri urusan rumah tangganya hingga menyebabkan hubungan suspek dan isterinya berada di ambang perceraian.
"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing positif dadah.
"Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bagi membantu siasatan," katanya.
Mohd Rosdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda, serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki ditahan selepas membakar unit kediaman abang iparnya di PPR Desa Tun Razak, Cheras atas tuduhan campur tangan dalam rumah tangganya.
- Suspek berusia 34 tahun itu menuduh mangsa sebagai punca ketidakharmonian rumah tangga sehingga menyebabkan kebakaran pada kira-kira 8.30 pagi.
- Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian dadah positif, dengan permohonan reman akan dibuat hari ini di IPD Brickfields.