awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu

Bernama
Bernama
08/07/2022
04:50 MYT
Lelaki disyaki bunuh abang, kakak ipar direman seminggu
Lelaki berusia 61 tahun itu ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh dengan diiringi polis kira-kira jam 9 pagi. - Foto BERNAMA
IPOH: Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya di sebuah rumah di Taman Bercham Aman di sini pagi semalam direman seminggu untuk membantu siasatan kes itu.
Lelaki berusia 61 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan diiringi polis kira-kira jam 9 pagi.
Perintah reman bermula hari ini hingga 14 Julai dikeluarkan oleh Majistret Jeseca Daimis bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis berjaya menahan lelaki itu di Genting Highlands, Pahang kira-kira jam 7.45 malam tadi dan menemukan sebilah kapak yang dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu.
BACA: Warga emas ditahan disyaki bunuh abang, kakak ipar
Semalam, mayat suri rumah Ooi Tin Lu, 59, dan suaminya Ng Chun Hon, 64, seorang mekanik ditemukan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh abang Chun Hon yang balik ke rumah selepas bekerja lalu melaporkan kepada polis kira-kira 8.50 pagi.
Pasukan polis bersama pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun yang tiba di tempat kejadian mendapati kedua-dua mayat ditempatkan berdekatan dengan satu daripadanya tertiarap manakala satu lagi tersandar pada dinding dipercayai mati akibat kecederaan di kepala disebabkan senjata tajam dan objek tumpul namun tiada senjata ditemukan.
Susulan itu, polis memburu suspek yang juga adik lelaki Chun Hon yang menghilangkan diri bersama kereta jenis Proton Saga milik Ooi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#abang
#kakak ipar
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan