MALAYSIA

Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka

Sinar Harian 01/02/2026 | 08:50 MYT
Tular video memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu dalam sebuah kedai serbaneka di sini. -Foto Sinar Harian/video tular
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai mabuk bertindak menimbulkan kekecohan di sebuah kedai serbaneka di sini dalam kejadian pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki mabuk menimbulkan kekecohan di sebuah kedai serbaneka di Petaling Jaya, menyebabkan pergaduhan dengan seorang pekerja.
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, menerima laporan kejadian tersebut dan mengesahkan kewujudan video insiden yang tular di media sosial.
  • Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi tidak benar berhubung kejadian tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Suspek kemudian bertindak mengganggu seorang pekerja di kedai serbaneka terbabit sehingga berlaku pergaduhan di antara kedua-dua individu itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 3.26 petang.

“Laporan dibuat oleh mangsa yang mendakwa suspek memasuki premis berkenaan dalam keadaan mabuk sebelum mengganggunya.

“Pergaduhan kemudiannya berlaku antara kedua-dua individu di dalam premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, polis turut mengesan satu video berkaitan insiden tersebut yang tular di media sosial.

“Permohonan arahan untuk meneruskan siasatan akan dibuat bagi tujuan tindakan lanjut.

“Suspek serta saksi yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial selain tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berhubung insiden ini.

“Saksi yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Shahiren Ibrahim di talian 019-569 3864 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah kedai serbaneka di sini. -Sinar Harian









Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menjadi punca terjadinya pergaduhan di sebuah kedai serbaneka yang disebut dalam artikel?
    A: Suspek yang dipercayai mabuk telah menimbulkan kekecohan di kedai serbaneka dan mengganggu seorang pekerja, memulakan pergaduhan.
  • Q: Berapakah waktu kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis?
    A: Kejadian tersebut dilaporkan kira-kira jam 3.26 petang kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
  • Q: Apa tindakan yang akan diambil oleh pihak polis berhubung insiden pergaduhan di kedai serbaneka tersebut?
    A: Polis akan membuat permohonan arahan untuk meneruskan siasatan, serta memanggil suspek dan saksi yang terlibat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
  • Q: Di bawah Seksyen berapa Kanun Keseksaan kes pergaduhan di kedai serbaneka ini disiasat?
    A: Kes pergaduhan di kedai serbaneka ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
  • Q: Apakah langkah yang diambil untuk meminta kerjasama orang ramai berkaitan insiden pergaduhan tersebut?
    A: Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial serta dapat menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak polis melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau menghubungi pegawai penyiasat kes bagi membantu siasatan.



#mabuk #Kedai Serbaneka #Seksyen 323 Kanun Keseksaan #Petaling Jaya #kekecohan