KULIM: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pemandu lori di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Dep Supt Safuan Mohd Noor berkata, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan jam 1 petang Selasa di pekarangan Hospital Kulim.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian serangan terhadap mangsa yang berusia 27 tahun itu walaupun terdapat kesan cedera pada tubuhnya.
"Hasil soal siasat, suspek memaklumkan dia dicederakan oleh seseorang menggunakan pisau sewaktu berada di depan kedai kopi berkenaan.
"Suspek kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital selepas mengalami kecederaan.
“Polis yakin kes bermotifkan balas dendam hingga menyebabkan serangan terhadap mangsa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Safuan berkata, permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Kulim pagi ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Safuan berkata, semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh ladang itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes rusuhan bersenjata dan mendatangkan kecederaan.
Katanya, hasil ujian saringan air air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di dalam kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Ahad lalu.
Dalam kejadian itu mangsa diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang dan sabit yang bertindak mengejarnya sebelum dia ditetak dan ditikam sehingga maut.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Feb 27 2024

Siasatan polis mendapati, suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian serangan terhadap mangsa walaupun terdapat kesan cedera pada tubuhnya.

Sarawak mungkin singkatkan tempoh kelewatan projek sakit - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak mempertimbangkan kemungkinan memendekkan tempoh kelewatan "projek sakit" kepada 30 hari.
AWANI 7:45 [15/3/2025] – Jangan perkecilkan orang melayu | Hari antarabangsa memerangi islamofobia | Kebencian terhadap Islam meningkat | Lelaki tahan sakit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
![[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO [KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO
Timbul ura-ura semenjak hujung tahun lepas yang mengatakan Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.
Agenda AWANI Asia: akses produk elektronik yang sihat untuk kanak-kanak
Diskusi dan analisis mengenai penggunaan peranti elektronik di kalangan kanak-kanak serta akses maklumat yang tidak benar dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.

Tindakan tegas terhadap individu ganggu penyu di Pulau Manukan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memandang serius kejadian gangguan terhadap penyu di Pulau Manukan yang tular baru-baru ini, kata Menterinya Datuk Seri Christina Liew.
63,000 tan makanan masih menanti kebenaran masuk ke Gaza - PBB
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
JAKIM panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan nabi
JAKIM memanggil seorang individu dikesan membuat hantaran dalam laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme, dipercayai mengaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.
AWANI Ringkas: 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN umum calon 5 atau 6 April
BN umum calon lebih awal pada PRK Ayer Kuning dan sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.

Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.

Suspek kes bunuh pemandu lori direman tujuh hari
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh pemandu lori di dalam sebuah kedai kopi di Padang Serai, Ahad lalu, direman tujuh hari.

Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pemandu lori dalam kedai kopi
Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan jam 1 tengah hari Selasa di pekarangan Hospital Kulim.