Terkini: Inkues kematian Zara Qairina – ikuti perkembangan harian prosiding mahkamah di sini.
MALAYSIA

Lelaki ditahan bantu siasatan kes gangguan seksual anak saudara

Bernama 15/10/2025 | 06:00 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan di Kampung Baru, Tampin kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak saudaranya yang berusia 15 tahun. -Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan seorang lelaki di Kampung Baru, Tampin pada semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual terhadap anak saudara perempuannya.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 58 tahun ditahan di Kampung Baru, Tampin kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak saudaranya yang berusia 15 tahun.
  • Mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian, mendakwa diganggu ketika tidur di rumahnya sekitar jam 3 pagi pada Ahad lepas.
  • Suspek direman selama seminggu sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata lelaki berusia 58 tahun itu ditahan pada 10.30 malam selepas polis menerima aduan daripada mangsa yang berusia 15 tahun pada 6.35 petang hari yang sama.

"Remaja berkenaan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa saudaranya ketika sedang tidur di rumahnya kira-kira 3 pagi pada Ahad lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan kemudian direman seminggu hingga 21 Okt ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

-- BERNAMA


#gangguan seksual #Kampung Baru Tampin #Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak #anak saudara