awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/03/2023
04:25 MYT
Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan bangkai, rangka kucing
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, pada 11 Mac lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin, suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan di Cheras, pada Sabtu.
"Tangkapan telah dibuat dan penahanan reman dibenarkan sehingga 28 Mac ini.
"Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Pada Sabtu, Zam Halim berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan
Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebook rasmi mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.
Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.
Topic Berkaitan
#bangkai
#kondominium
#rumah sewa
#rangka kucing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan