awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cabul anak tiri

Bernama
Bernama
30/09/2021
22:40 MYT
Lelaki ditahan cabul anak tiri
Polis menahan seorang lelaki dua hari lepas bagi membantu siasatan mencabul anak tirinya di sebuah rumah di sebuah Felda sejak April lepas. -Bernama
JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki dua hari lepas bagi membantu siasatan mencabul anak tirinya di sebuah rumah di sebuah Felda sejak April lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai kerap mencabul remaja perempuan berusia 13 tahun berkenaan ketika berada di rumah dengan kejadian terakhir berlaku pada pertengahan bulan ini.
"Lelaki berkenaan menyuruh mangsa (anak tiri) merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan sesiapa. Bagaimanapun, mangsa membuat laporan polis pada Selasa lepas sebelum lelaki itu ditangkap pada hari sama bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan dan hasil siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan yang mempunyai satu rekod berkaitan dadah mengaku mencabul mangsa.
Katanya lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#jenayah cabul
#Felda
#cabul anak tiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan