awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cuba rentas negeri untuk jual dadah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
13/04/2021
03:06 MYT
Lelaki ditahan cuba rentas negeri untuk jual dadah
Polis menunjukkan barang rampasan yang ditemui di dalam kereta suspek. - Astro AWANI
KEMAMAN: Cubaan seorang pemuda dari Kuantan, Pahang untuk merentas negeri dengan membawa sejumlah dadah tidak berhasil selepas dia dicekup pihak polis.
Lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR), kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Perasing, Kemaman, kira-kira jam 4.50 petang Isnin.
Suspek yang memandu kereta jenis Perodua Viva itu turut memberikan alasan untuk merentas negeri bagi menolong rakannya yang kehabisan minyak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika ditahan lelaki tersebut dalam keadaan mencurigakan dan gagal mempamerkan surat rentas negeri.
Katanya hasil pemeriksaan lanjut pihak polis menemui beberapa jenis dadah dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM20,000.
"Polis temui serbuk kristal atau serbuk putih dalam kereta suspek seberat kira-kira 600 gram dan lebih kurang 140 biji pil berwarna merah disyaki pil kuda.
"Turut ditemui adalah mesin timbang serta wang tunai sebanyak RM10,000 yang diikat rapi," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah dan baharu sahaja enam bulan bebas daripada hukuman buang daerah, di Machang, Kelantan.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan Seksyen 342 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melakukan pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran.
Jelasnya , lelaki tersebut kemudiannya telah dibawa ke IPD Kemaman untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit turut positif dadah jenis methamphetamine.
Topic Berkaitan
#Dadah
#rentas negeri
#polis
#Sekatan Jalan Raya
#rampas
#Hanyan Ramlan
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan