awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cuba seludup 500 liter petrol bersubsidi

Bernama
Bernama
16/07/2025
13:00 MYT
Lelaki ditahan cuba seludup 500 liter petrol bersubsidi
Azman berkata lelaki berusia 32 tahun itu diberkas hasil operasi bersepadu pihaknya bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan disyaki cuba menyeludup 500 liter petrol bersubsidi ke negara jiran dalam operasi khas di Simpang 4 Cherang, di sini, Isnin lepas.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan Azman Ismail berkata lelaki berusia 32 tahun itu diberkas hasil operasi bersepadu pihaknya bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.
"Lelaki itu yang menaiki kereta jenis Proton Wira Aeroback telah dikesan dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Hospital.
"Dia bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun kenderaannya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan dan lampu isyarat sebelum berjaya ditahan di hadapan sebuah premis di Simpang 4 Cherang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta itu menemukan 20 tong jerry can berisi 500 liter petrol, selain satu set pam elektrik lengkap dengan hos paip yang dipercayai digunakan bagi pemindahan minyak secara haram.
Azman berkata hasil siasatan, lelaki itu mengaku petrol itu miliknya dan dirancang diseludup ke negara jiran melalui laluan sungai.
Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#kpdn
#petrol bersubsidi
#negara jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan