awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis, dua masih dikesan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2022
23:10 MYT
Lelaki ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis, dua masih dikesan
Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta yang dipandu. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki diberkas manakala dua rakannya sempat melarikan diri dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kepong (MRR2 Kepong) pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis di lokasi kejadian kira-kira jam 5.14 petang.
"Siasatan awal mendapati semasa kereta peronda polis (MPV) sedang membuat rondaan di kawasan MRR2, Jalan Kepong, telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Satria warna hitam.
"Hasil semakan sistem polis mendapati nombor pendaftaran kereta yang digunakan tidak sama dengan jenis kereta yang dipandu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, anggota polis kemudiannya menghampiri kereta Satria tersebut namun secara tiba-tiba pemandu kereta bertindak memecut laju dengan cara berbahaya ke arah Kepong.
Beliau menjelaskan, keadaan jalan raya yang sibuk serta sesak menyebabkan pemandu terbabit melanggar beberapa buah kenderaan orang awam serta penunggang motosikal bagi mengelak ditahan polis.
"Salah seorang suspek berusia 25 tahun telah berjaya diberkas oleh pihak polis kerana kereta yang dipandu suspek telah terperangkap di dalam kesesakan jalan raya di kawasan Metro Perdana, Jalan Kepong manakala dua lagi suspek telah melarikan diri," katanya.
Suspek yang ditahan itu jelasnya, mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, usaha mengesan dua lagi suspek yang masih bebas sedang dijalankan manakala suspek yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membantu siasatan.
Semakan pihaknya turut mendapati kereta Satria terbabit dilaporkan hilang di Taman Melawati pada 9 April lalu.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang penjawat awam dalam melaksanakan tugas," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pemeriksaan polis
#Lolos
#kereta curi
#kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan