awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’

Bernama
Bernama
18/02/2024
05:37 MYT
Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’
Lelaki itu dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki, Khamis lepas dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000 dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan.
"Lelaki itu dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai pihak Pos Laju dan pegawai polis secara dalam talian.
"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM97,000 sebelum menyedari telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata lelaki itu direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keldai akaun
#Lelaki ditahan
#sindiket penipuan
#Polis Daerah Barat Daya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan