awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar

Bernama
Bernama
15/08/2019
21:49 MYT
Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar
Suspek memaksa mangsa keluar dengan mengetuk kereta mangsa dengan kayu dan sebaik keluar, mangsa dipukul beramai ramai. - Gambar hiasan
Seorang lelaki tempatan ditahan kerana mencederakan seorang lelaki dengan menggunakan kayu, di kawasan parkir sebuah restoran di Jalan Sutera, Taman Sentosa, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian pada 11 malam itu berlaku disebabkan rasa tidak puas hati lelaki yang berumur 43 tahun itu, kerana cermin sisi keretanya dilanggar oleh mangsa yang berumur 44 tahun.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa bersama anak dan isterinya berada di dalam kenderaan mereka untuk mencari kedai makan di kawasan perumahan itu.
"Suspek yang sedang dalam keadaan marah turut membawa tujuh individu lain bersamanya.
"Suspek juga memaksa mangsa keluar dengan mengetuk kereta mangsa dengan kayu dan sebaik keluar, mangsa dipukul beramai ramai," katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.
Shahurinain berkata pergaduhan itu dileraikan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, yang pada ketika itu sedang membuat rondaan di kawasan terbabit.
"Polis berjaya menahan suspek, namun, yang lain berjaya melarikan diri. Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#cermin sisi kereta
#Jalan Sutera
#Johor Bahru
#kawasan parkir
#kayu
#kereta
#langgar
#mangsa
#pergaduhan
#polis
#pukul beramai ramai
#restoran
#Shahurinain Jais
#siasatan
#suspek
#Taman Sentosa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan