KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mahu membayar perbelanjaan keluarga selain menyelesaikan hutang piutangnya, sanggup memalsukan laporan polis dengan mengatakan wang RM50,750 telah disamun dalam kejadian di Taman Ehsan, Kepong, Gombak di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berumur 35 tahun itu dikatakan telah membuat laporan polis bagi membolehkan beliau mengaut keuntungan wang tunai menerusi hasil jualan perniagaan, bersama rakan kongsinya.
“Suspek telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 12.30 tengah hari bagi membuat laporan, menyatakan dia disamun dua individu yang menaiki sebuah motosikal.
“Namun hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan turut membuat perniagaan pelitup muka, cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) dan sarung tangan getah itu, telah mengada-adakan kejadian menerusi laporan dibuatnya,” katanya dalam kenyataan semalam.
Arifai berkata, semakan rekod ke atas lelaki itu mendapati beliau masih dikehendaki bersabit kes penipuan di Kempas, Johor dan di Kuantan, Pahang pada 2014.
Beliau berkata menerusi siasatan mendapati, suspek telah menggunakan sebanyak RM30,750 daripada keseluruhan jumlah itu, bagi tujuan perbelanjaan keluarga serta membayar hutangnya dan merampas baki RM20,000 yang berada di dalam simpanan suspek dan menahannya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Suspek kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut atas rekod ‘dikehendaki’ bersabit kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki tempatan ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat kes ragut beg tangan seorang wanita berumur 57 tahun dalam kejadian di Taman Ehsan di sini, Isnin lepas.
“Laporan polis dibuat mangsa membabitkan kejadian 7.45 pagi itu, menyatakan yang mangsa beg tangan mangsa telah diragut oleh suspek bermotosikal ketika beliau membuka pintu kereta di rumahnya sebelum suami mangsa mengejarnya hingga suspek terjatuh daripada motosikalnya.
“Suspek kemudian melarikan diri meninggalkan motornya. Polis bagaimanapun berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat di sebuah rumah terletak di Kampung Selayang, di sini keesokan harinya,” katanya.
Beliau berkata suspek berumur 33 tahun, turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah yang sama, disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun dan direman tujuh hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021
Suspek diserahkan kepada Bahagian Komersil, IPD Kuantan untuk siasatan lanjut atas rekod dikehendaki bersabit kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Pekerja kilang maut terjatuh dalam mesin pembancuh simen
Seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai terjatuh di dalam mesin pembancuh simen di tempat kerjanya, di Seksyen 35, di sini pada Rabu.
Polis lepaskan tembakan, pemandu kereta seludup 22 tong plastik petrol
Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan, sebelum bertindak mengejarnya.
Insiden selisih faham di Taiping, polis minta saksi tampil bantu siasatan
Pemilik akaun Facebook 'Kelvin Lim' dan orang awam yang ada maklumat diminta tampil melengkapkan siasatan polis terhadap video tular itu.
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.