awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan pukul isteri, anak

Bernama
Bernama
10/08/2021
09:57 MYT
Lelaki ditahan pukul isteri, anak
Berdasarkan siasatan, dipercayai pergaduhan berkenaan berlaku pada 11.30 pagi semalam apabila lelaki itu memarahi serta menuduh isterinya yang berusia 44 tahun mengambil wang.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan polis petang semalam selepas disyaki memukul isteri dan anak lelakinya.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Melati Utama di sini, kira-kira 3 petang selepas tular satu hantaran melalui media sosial mengenai pergaduhan suami isteri.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, dipercayai pergaduhan berkenaan berlaku pada 11.30 pagi semalam apabila lelaki itu memarahi serta menuduh isterinya yang berusia 44 tahun mengambil wang.
"Mangsa (isteri) hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan namun menyebabkan suspek berang dan memukul mangsa serta anak lelakinya yang cuba untuk meleraikan pergelutan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata bunyi bising daripada pergaduhan itu menyebabkan jiran datang ke kediaman mereka untuk meredakan keadaan.
Beliau berkata anak mangsa memuat naik hantaran mengenai pergaduhan itu melalui laman sosial hingga tular dan kemudian disedari lelaki itu sekali gus menyebabkan dia sekali lagi menyerang anaknya yang berumur 14 tahun berkenaan.
Katanya pihaknya akan memohon perintah reman ke atas lelaki itu hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pukul isteri
#Ketua Polis Daerah Wangsa Maju
#Ashari Abu Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan